Back to the basic

7 12 2009

Holla…aku saje je nak update blog yang dah berkubur neh. Hehehe.. Nak ngetest kata orang. K lah, tuh saje kot. Hahahaha… Adios~





Repost: Final Exam Dan Persediaan Ku

1 11 2009

Assalamualaikum all. Вы все еще не было еды? . Hehe. Paham ke? Kalau ada yang paham sila-sila lah jawab yer.
Ok, first sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada mereka yang memberi kutukan, nasihat dan berbagai-bagai komen untuk entri yang lepas. Korang boleh rujuk SINI.

Minggu neh merupakan minggu penuh stress. Aku amat-amat tension. 28hb Okt dah start final exam. First paper adalah paper BEL120 iaitu English. Pastu 3 dan 4 Nov lak. 3hb tuh paper CTU101(Agama Islam) and 4hb MGT162(Management) lepas tuh disambung lagi pada 9 dan 10 Nov. 9hb tuh paper MAT140(Mathematics) dan pada hari last 10hb tuh paper ACC115(Account). Pehlow, memang menyengat otak betul. By the way nasib baik’lah Math dengan Acc tuh lambat lagi. Hahaha (Asyik kau gelak eh!) :aie:

Neh adalah jadual paper aku. Ngehh. Menanah siot! :bloody: Read the rest of this entry »





Selamat Hari Ibu. Aku sayang mak!

8 05 2009

Tanggal 10 Mei 2009 ini kita semua akan meraikan hari ibu (ops, ibu ayam tidak termasuk ok). Bagi Malaysia, hari ibu akan disambut pada hari ahad ke’dua bulan Mei.

Mungkin sebelum ini kita tidak punya masa untuk bersama ibu tetapi sempena hari ibu ini, apa kata kita luangkan sedikit masa bersama ibu. Ucapkan’lah ‘Selamat Hari Ibu’ kepada mereka. Ya, mereka tidak meminta balasan yang besar, mereka juga tidak mendambakan harta yang bertimbun-timbun dan mereka juga tidak memerlukan kemewahan yang diberikan oleh anak-anak. Tetapi, hanya dua perkara sahaja yang mereka inginkan iaitu kejayaan anak-anak mereka serta mengingati mereka hingga ke’hujung nyawa.

Dewasa ini banyak yang dapat kita lihat berita berkaitan penderhakaan kepada ibu bapa, anak-anak sanggup menghantar orang tua mereka ke rumah kebajikan dan rumah orang-orang tua. Wahai sahabatku, sanggup’kah kamu berbuat demikian kepada orang tua kamu? Ibu yang melahirkan kita merelakan nyawa’nya diambil jika berlaku apa-apa komplikasi semasa proses melahirkan kita ke dunia yang fana ini. Ibu juga yang menjaga kita sejak lahir. Memberi makan minum serta pendidikan yang sempurna ibarat menatang minyak yang penuh.

Jadi, hargailah dan sayangilah mereka semasa mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun, yang tinggal hanya kenangan dan hanya doa kita sahaja yang mampu dikirimkan kepada mereka di sana.

Disini juga disertakan satu warkah khas berkaitan dengan seorang bernama anak dan ibu.

Orang kata aku lahir dari perut mak..

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”

Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak

Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku berdoa, agar kedua-dua ibu bapa Aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aku juga berharap, biarlah Aku yang pergi dahulu sebelum mereka. Aku tak dapat bayangkan, jika mereka dah tiada nanti, bagaimana untuk Aku teruskan hidup dengan darah mereka yang deras mengalir di dalam badan ini. Terimalah doa’ku ya Allah.

Pelengkap warkah ini, Aku ucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kepada semua ibu yang ada di dunia. Segala pengorbanan ibu tidak dapat dibalas walau dengan apa cara sekalipun. Selamat Hari Ibu Mak!!

[Dengarkan lagu dari Aeman - Buatmu Ibu]

P/s.. Entri kali ini agak panjang sedikit, tetapi inilah luahan rasa dari seorang yang bernama Aku.





Bila kawan menjadi lawan

6 05 2009

Beberapa hari lepas aku keluar dgn member. Mula² kitorang pergi round² satu KB ni. Dan ada sorang member neh ajak pergi rumah dia. Main PS2. Hahaha. Main punya main, perut terasa lapar pulak. Adeshh, masalah betol. Kitorang usha tuan rumah tuh. Tak de nasi ke, lapor giler neh.. Tup² mak si tuan rumah neh dah sediakan nasi lemak. Fuh, aku apa lagi.. Perut tengah lapor punya la pulun nasi lemak dua bungkus beb. Huhuhu. Erkk, tapi sebelum pulun nasi lemak tuh kitorang sempat makan kek coklat made by tuan rumah mom’s.

Dan berkaitan dgn tajuk entri kali neh adalah bila kawan yang sebelum ni rapat giler tiba² je boleh jadi lawan. Hahaha. Al-kisah’nya terjadi time nak balik dari rumah member tuh. Member aku si A neh nak alihkan kereta member aku si H. Si A neh lesen pun belum dapat lagi tapi buat² berani je nak alihkan kereta si H tuh dan si H neh punya ‘feeling’ pun macam dah tau nak jadi ‘something’ yang tak elok, tapi sebab tak nak kecik’kan hati si A dia kasi gak la.

Tengah sedap si A gostan aka ‘reverse’ kereta baru tuh, prankkkkkk! Wooo, terkojot berok kitorang apabila kereta tuh terlanggar sebatang pokok (tak tahu lak pokok apa nama). Si A neh keluar la dari kereta dan kitorang pergi tengok kesan kerosakan tuh. Hahaha. Calar beb ditambah kemek dekat bumper. Si H neh punya la hangen tapi saja control relaks tapi si A punya punya la gelabah+cuak. Siap nak bayar wooo..

Dan lepas kejadian tuh, kitorang try contact si A tapi dia mendiamkan diri. Membisu seribu bahasa. Hahaha. Takut gamak’nya. Adehh, kesian pun ada juga kat si A tuh. Tapi tuh la.. Moral of the story. Berhati²lah semasa memandu. Malang tidak berbau. Adios.





Form 6 yang agak ‘memalukan’?

6 05 2009

Hahaha. Mungkin tajuk entri kali ini agak skeptikal. Tapi begitu’lah hakikatnya bagi mereka² yang berjaya menamatkan SPM tetapi mendapat result yang agak ‘mengecewakan’. Mereka gagal untuk melanjutkan ke IPTA dan tidak mempunyai cukup kos untuk ke IPTS, jadi destinasi yang boleh dituju adalah Form 6.

Bagi sesetengah orang, kembali pada Form 6 merupakan saat yang ‘memalukan’ kerana akan berjumpa dengan guru² yang pernah mengajar semasa tingkatan 5 dahulu.

Guru² ini mungkin merupakan guru yang ‘tidak disukai’ kerana kuat berleter, garang dan macam² perangai lagi. Nasihat² mereka mungkin tidak kita endahkan sehingga result SPM pun agak ‘kurang memuaskan’, lalu berhadapan dengan guru ini semula merupakan saat ‘memalukan’. Jadi ini merupakan salah satu faktor kurang’nya penjejakan kaki semula ke Form 6.. Hahaha

Dan mungkin bagi mereka yang lain sudah bosan untuk ke alam persekolahan kerana terpaksa terikat dengan peraturan serta disiplin ketat yang dikenakan dan ada juga yang muak kerana terpaksa bangun pagi untuk ke sekolah dan menjadi rutin harian untuk berbuat demikian. Hahaha. Kalau masuk universiti mungkin lain la kot. Jadi kepada mereka² yang terpaksa menjejak’kan kaki ke Form 6, diharap banyak bersabar dan semoga sukses. Adios





Dilema IPTA atau IPTS?

6 05 2009

Sekarang dalam dilema woi. Nak pergi IPTA atau IPTS? Banyak sangat dapat tawaran hingga menyerabut’kan kepala hotak aku nih. Kecian tak kat haku? (Hehe. kecian la woit!) Antara IPTS yang aku dapat.. Jeng3. Unisel, UniKL, MMU, KLMU and banyak lagi.. iskk3.. Orang cakap IPTS neh mahal, IPTA lak ok la. Tapi aku rasa pinjaman kan ada.. Adoii.. Poning palo duk mikir ni hah..!

Btway, neh adalah second post aku kt sini, so diharapkan pasni makin banyak la yer post. Hik3. Korunk2 leh la kasi komen or pendapat kat haku al-maklumlah aku ni baru je merangkak. Orang tua cakap baru nak bertatih. Apa-apapun berbanyak thanks sebab usha gak blog aku yang blur neh. Adios





Bermula’nya sebuah kisah hidup A.K.U.

6 05 2009

Kata orang, hidup tanpa ber’blogging’ neh ibarat katak duk bawah gelas. Napa aku kata duk bawah gelas dan bukan duk bawah tempurung? Haa. Sebab zaman sekarang aku dapat lihat kemajuan yang makin lama makin bertambah tapi aku je yang tak nak and tak berusaha nak bersama-sama dengan kemajuan tuh. Hahaha.. Jadi aku boleh diibaratkan macam katak bawah gelas.. Kih3

Untuk korunk yang tersesat masuk web blur aku neh. Aku ucapkan berbanyak terima kasih la.. Dari lutut sampai dahi. Keh3. Neh adalah first entri aku kat web. So aku jamin and aku confirm akan lebih banyak entri yang berguna akan dipublish. Jadi harap sangat’lah korunk leh support aku.. Cehh. Hahaha.. Salam sekian buat masa ini. Adios.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.